Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan!!

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Klik SINI untuk berita lanjut

Pheww! Kalo kereta 3bulan tak bayar dah kena tarik dah kan?huhu..Pasal ASTRO ni semalam memang tengok berita ni kat TV3.Bagus jugak tindakan diorang.Bagi kesedaran sikit kat pihak ASTRO ni.Servis takdelah bagus mana pon tapi asyik naikkan harga je.Asyiklah cita sama duk tayang.Jangan kata filem je duk ulang tayang, Contohnya macam² aznil pon ada ulang tayang kan?apa pasal setiap kali ku tengok rasa macam dah tengok tahun lepas contohnya time ada haziq budak kecik tu.masa tu haziq baru nak famous kan.tetiba  tayang lagi walhal budak tu dah besar sikit dah.Eh ke ku je silap tengok.hahaha lantaklah memang betul pon ASTRO banyak ulang tayang

Dalam duk melalut sebelum ke laut baru teringat ASTRO kat rumah tu belum sekali ku bayar.hahaha bising je lebih walhal orang yang bayar pon tak bising.Eh tapi kena bising gak la kan kalo makin lama perbelanjaan bulanan makin bertambah untuk benda² macam ni.

Mentang² ASTRO takde saingan sebab tu diorang suka suki je naikkan harga kan?haihh..Tak dapat bayangkan kalo rumah kami tanpa ATSRO.Mau senyap terus TV tu.Mana taknya langsung tak boleh nak tengok TV1,TV3 semua kalo tanpa ASTRO.Macam duduk dalam hutan pulak.hihihi
Korang join BOIKOT jugak ke??

0 comment... add one now