Neck Pain tak boleh diberikan MC!

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Sabtu pagi plan nak ke KL..Tiba pulak kena neck pain.Memang menduga betul! Makin lama makin teruk pulak sakitnya.Sampai dah keras leher ni.sampai kan keje rumah semua terhenti seketika!ecehh..Maka seharian jela kami di rumah sabtu.Sadis!!Baju² nak pakai jalan dah siap tu sebenarnya.

Ahad pagi, masih sakit! Aduhh..memang risau sangat!Risau ari isnin kalo tak lega jugak takkan nak amik cuti.huhu.Klinik gomen sekarang memang dah tak kasi MC untuk neck pain atau back pain.Alasannya?tak tahulah kenapa.Sila tanya pada doktor.Tapi ku tak pasti la kalo klinik gomen diluar putrajaya masih boleh dapat mc.

Sebelum ni dah 3x naman kena neck pain tapi memang itu alasan yang doktor bagi.MC tak boleh diberi untuk kes macam ni.what??Korang boleh baca entri Mc kerajaan vs Mc Swasta.Jadi tak payah la ku bersusah payah amik nombor kat klinik.Gagah jugak datang opis hari ni.Harap sakit tak berterusan la.Tapi bila ngadap komputer ni kesakitan boleh berganda² ni.uwaaaaaaaaa


* Ada kerja yang perlu disegerakan hari ini jadi tiada mode MC swasta hari ni..hahaha
* Orang cakap sakit paling tak tahan sekali adalah sakit leher.. Betulkah?? Tapi memang tak tahan pon wei.. nak buat keje tak boleh, nak tido salah, baring salah, duduk salah..serba tak kena!

0 comment... add one now