Weeee..hati berbunga riang nih!nak jugak kongsi kat sini. Tadi dapat call dari company simplysiti untuk join beauty workshop Simplysiti sabtu ni di De Palma Inn S.Alam. katanya kemungkinan Dato Siti ada.Yezzaa!! yang tu yang diharapkan.Bila lagi nak dapat peluang macam ni kan. Kebetulan, My friend yang 1 unit pon dapat jugak.bagus bagus!
Kata staff dia, Rizman ruzaini dan Nurol Syukor pon ada! Woww!! mak suka! Giler teruja ni.Harap ada kesempatan dan peluang nak join .Katanya lagi bengkel tu akan diajar dari atas sampai bawah! Berbaloi sangat kalo pi kan.Benda free tak elok kalo tolak..ekekek
Mesti ada yang tertanya macam mana boleh dapat kan. Korang kena la beli simplysiti product RM100 ke atas then dapat la form untuk lucky draw kalo tak silap. Jadi kami mungkin diantara yang bertuah lah.hehe So, sape² nak cuba kena la beli ye.
Lagi 1, chekgu naman pulak ada game futsal jumaat malam hingga sabtu. Alahai..sapa nak tolong jaga hero kecilku nanti.huhu nak hantar rumah opah takut opah sibuk..yelah opahnya tu banyak keje..sian pulak nak menyusahkan..takpe² nanti cari jalan penyelesaian.
oh ya, komen me lepas pakai 1 set skincare Simplysiti product ni..sangatlah memberi kesan ketara! Kulit pon makin gebu (walaupon tak putih tak semestinya tak nampak gebu) gebu dari segi tekstur kulit la..hahaha gebu la sikit dari dulu yang agak kering dan kusam!
Lepas tu, jerawat² halus kat dahi dulu banyak sangat! Bila dah pakai Simplysiti terus jerawat hilang.ok la tu.. Tapi kalo jenis kulit ko tak de jerawat licin giler tak payah pakai produk apa kan..rezeki dr Allah untuk korang..hehehe
Ok lah dulu dah terlebih melalut ni..harap² dapat la join..harus usaha jugak ni..wakakaka..