Darwisy dan cara solatnya..♥♥

erkk?dah boleh solat ke?hehe solat cara darwisy sendiri la.Kalo time orang masuk bilik air, pastu kuar sibuk je dia suruh amik sejadah.Memang dia tahu orang nak solat.Lepas tu bila dah bentang dia suruh amik untuk dia sekali.Kalo kami dah solat tak bentangkan sejadah untuk dia, memang nangis la weiii sebab bila dia bentang sendiri takkan jadi cantik sejadah tu..haha

Jadi sekarang ni kalo nak solat je kenala siap² bentangkan sejadah kat dia.supaya takde gangguan suara tangisan budak ni bila time solat.

tengok tu!masa ku tengah pakai telekung dia sibuk la jugak nak bentangkan sejadah dia

papa yang sibuk menyenap aksi Darwisy time mama tengah solat..ni bukan lakonan tengah solat ye kawan²!

alahai sujud cara apa ni darwisy..dah macam tengah exercise dah rupanya(gambar hari lain)

tunduk lagi...sayangnya lutut tidak cecah ke lantai..
ni mesti nak cuba buat macam papanya solat.kalo mama tak nampak la dah semua dilitupi telekung.

Bila tengok aksi darwisy sangatlah mencuit hati.bersungguh² dia nak solat sama.takpe nanti besar sikit mama ajar ye cara solat.Seronok kan tengok perkembangan minda anak dari masa ke semasa.Semua tu sangatlah menyentuh jiwa nurani seorang ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan.Moga besar nanti, Darwisy akan menjadi anak yang soleh seindah namamu Darwisy dan setampan namamu Aniq..aminnn..

*Anak korang pon mesti macam ni jugak kan??hehehe

0 comment... add one now