Kencing Masam lebih teruk dari kencing manis!

Salam isnin semua!! Hari ni dah masuk ofis.Gagah jugakla w/p mata ada sikit merah.sikit jela biar la bukan orang perasan pon.Harap virusnya tidaklah aktif menjangkiti kawan².ekekeke Chekgu Naman masih MC tu ha.Sampai rabu pulak tu.Yang peliknya dia yang dijangkiti lagi teruk dari pembawa ni ha. hahaha

Amik masa jap update.Baru settle kan sikit kerja tertunggak.Dalam tu syiok pulak baca lawak dari majalah Rapi.

Moh layan mana aci me gelak sorang!

Kencing Masam Lebih Teruk!!

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatan rawatan.Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.

lelaki muda menyapa, "Pok Cik ni sakit gapo?''
"Kencing manih.Lamo doh." Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri.
Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya, "tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."


hahahaha aduila.Eh korang paham tak?lawak jugak pak cik tu kan.betol jugak kalo kecek kelate ni kadang bunyi perkataan tu kekadang boleh jadi maksud lain.ekekeke


Ayam vs Kambing

Kambing dan ayam adalah kawan baik.Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi.Pada suatu hari, ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya.Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya.

Ayam : Kambing, pekabo?
Kambing: Baik. Wah, ayam.Bukan main lagi kau.Kau nak kemana hensem² ni.
Ayam: Takde kemana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.
Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pu ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?
Ayam: Ko kutuk aku ye.Ko pun apa kurangnya.
Kambing: Apa?
Ayam: Nampak macam alim.Bela janggut.Tapi telur nampak...

aduila!!! ha kambing kan ko dah kena.. betoi jugak.hahahaha Ok lah dulu disini.papaii!


Sumber: Majalah Rapi
Kencing Masam lebih teruk dari kencing manis!

0 comment... add one now