"Tukang kebun kita mati sakit jantung"

"DOA SI ANAK"
Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,
selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".
Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya
sidatuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,
selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".
Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui
mati, juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,
tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".
Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan
pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang,
abang pergi
mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi
tadi tau!"
Si ayah yang hairan bertanya, "apa jadi pagi tadi?"
Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita mati sakit
jantung pagi tadi ..."
Kwang Kwang Kwang ...

* agak² korang la anak sape budak ni ek??kekeke sekali baca macam lawak dua kali baca macam mengarut je pulak..haihh ada ke doa macam tu kat mak ayah nenek..Kalo kita doa selepas solat dah tentu la mintak yang baik² mintak mak ayah nenek anak suami dipanjangkan umor kan..

*sumber adalah dari emel "Tukang kebun kita mati sakit jantung"

0 comment... add one now