Sana sini dah heboh pasal taska di Presint 18 milik anak orang kenamaan pasal kes tercekik susu! Isnin petang dapat mesej dari pihak taska cakap taskaa akan ditutup seminggu atas sebab kes HFMD..(sakit kaki tangan dan mulut tu) serius terus cemas je amik darwisy balik bersihkan semua takut la berjangkit kan..
Selasa pagi bawak darwisy ke opis.Sempat baca paper utusan bila ada member ofis cakap ada kematian tercekik susu seperti yang dinyatakan di link Utusan di bawah gambar ni:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0928&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive
Bila dah baca² semua terperasan memang kenal sangat akak ni dan cuba la cari gambar anak dia dalam FB taska Darwisy..Rupanya gambar yang di print oleh ibu kepada baby ni adalah sama yang diambil dari FB taska.
Terus sentap!! sentap sebab kena tipu sebab apa taska darwisy tutup seminggu! Rupanya bukan sebab sakit berjangkit tapi sebab kematian yang diarahkan tutup seminggu! haiyaa!! memang kena tipu hidup² ni. sebab dia boleh cakap kata yang kena hfmd 2 orang budak!
Hari ni ada lagi berita ni kat utusan.. Boleh baca sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0930&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive
Tengoklah betapa kejamnya pihak taska tu boleh tak ngaku yang baby tu diorang yang jaga.Dah tu bila pihak JKM mintak maklumat nama budak yang diorang jaga dia boleh kata hilang!! dah nampak ketidakjujuran disitu!
Sedih giler bila terbayang² muka ibu baby tu! sebab dah kenal kan.dah tu memang nekad tak nak hantar situ dah! buat pe nak bayar upah pada orang yang tak jujur kan???
Nota : Sepandai² tupai lompat akhirnya nanti jatuh ke tanah jugak macam kes Dato peguam kes Sosilawati tu