Tajuk.. memang merisaukan.hoho.tambah2 kalo jumpa gambar family kita kt mana2 page dalam cyber ni..Ok tak da apa pon sebenarnya. Cuma ingin berkongsi sejuta kegembiraan yg terpahat di wajah seorang yg bergelar ibu kepada seorang anak ni la yakni aku la @ me.. haha.
Semalam tengah syok2 ber'fesbuk' buka la page TASKA.... iaitu taska baru Darwisy..Jangan memain Taska pon ada fesbuk ok! ok what?? leh gak mama2, ibu2, mummy2 ni tahu apa anak buat kat sana kan..ermm..sedikit teruja di situ bila dapat tgk anak dalam taska tu melalui fesbuk sajok!
Agak2nya taska lama Darwisy pon kena ada 'fesbuk' kot!! boleh la diorg tau cerita2 panas parents plk..ekeke..elok cikit dari duk dgr cerita melalui mulut org je kan.. ermm...
'fesbuk' milik taska baru Darwisy.nampak tu Darwisy tengah tido.
close up cikit.....
sejuk hati mama tgk anak baik2 disana
Sepanjang 3hari Darwisy di taska baru :
- bila ambik time balik mata dia tak bengkak dah pon
- Darwisy dah tido tanpa berbedung
- Tido dengan sendiri tanpa perlu nangis mintak org tepuk
Di Taska lama:
- Bila tengok dia time lunch dan amik waktu balik mesti mata bengkak teruk akibat menangis. sebab apa?? pengasuh mmg biar je kalo budak jenis nangis ni.sampai la budak tu nangis tak keluar suara!Bukan nak tolong tepuk ke dukung jap ke.Ape ingat nangis sehingga 'selak' tak boleh sebabkan kematian ke???
- tido berbedung ketat-ketat sampai badan tak boleh bengkok langsung
- Kejap2 nangis sebab bosan..tak da org nak layan.Bukannya sibuk mana pon.Asyik duk bersembang, bergosip, berkumpul ramai2 makan berjemaah.
Nota Hati : Anak adalah anugerah paling bernilai buat kami.