Kidzania | Terasa anak sudah besar ~

Sambungan cerita redeem pass masuk free KIdzania..

Masa kitorang pegi ni mungkin salah time jugak kot..Sebab musim cuti sekolah lagi..Tak sangka betul kat luar pintu masuk macam sunyi je dalam tu, sekali kaki melangkah masuk wowww! dah macam gaya sampai bandar..padahal Kidzania, bandar untuk budak²..Dia punya sibuk dah rupa bandar yang ramai penduduk..haihh

Selain dari keje dalam ofis,kedai dan sebagainya ada jugak aktiviti macam kat bawah ni..

dah macam panjat bangunan tinggi..sebab nampak awan..hikss



parents duk tunggu anak² diorang dalam balai bomba duk dengar amanat² sebagai bomba..hehe

Kurly ni khas untuk budak perempuan..hehe comel je tengok diorang dalam saloon tu..

Nak kasi darwisy masuk Nippon Paint main cat..tapi ramai lah pulakkk tengah Q kat lorong tepi tu..tetiba je bunyi hotel terbakar..terus menangis si darwisy ni sebab takut..tu pasal tak jadi masuk Nippon Paint..rugi tak merasa main cat..haihh

hotel terbakar..memang real..siap sound effect..padahal api yang menyala konon marak dalam hotel tu lampu je pon..yang ni lah darwisy takut sangat tu..sebab nampak macam real..dah lah sound effect api tu kuat siap bunyi cermin pecah lagi..haha

bersungguh² diorang padamkan api

Honda uolss..dalam tu memang ada HOnda Insight..Kat dalam ni jugak ada test untuk dapatkan lesen memandu..

Bila dah ada lesen barulah boleh naik kete dalam ni..pusing² lepas tu isi minyak kete kat BHP..Sian darwisy tak boleh torai naik kete pasal nak amik lesen kena umor 4 ke 6 tahun..darwisy baru 3 tahun kan..

dah tak boleh amik lesen kasi darwisy color kan kereta dalam honda..langsung tak takut tu..

nak masuk kena bayar dulu..hikss

masukkan nama dulu kat sistem diorang..suka benar lah sebab touch screen kan..

darwisy masukkan huruf EETI.. hahaha

dah ready nak mewarna..kitorang tengok dari luar je..

dah mula takut pulak sebab dengar bunyi hotel terbakar lagi.. ahahaha

muka takut tapi tangan jalan jugak..ekeke..

tetiba time tengok darwisy ni airmata mata jatuh jugak..terasa anak sudah besar..dah mampu berdikari tanpa mama..padahal masih depan mata tu..sensitip betui hatimaknak

staf pos laju tengah sibuk keje hantar parcel..hehe





Sekian cerita Kidzania..kesimpulannya Kidzania ni memang best sangat walaupon harga tiket agak mahal jugak.Tapi berbaloi sebab banyak sangat anak² kita boleh cuba dan belajar sendiri..Kat tingkat atas sana banyak lagi sebenarnya tu..Kitorang je malas nak lelama dalam tu just cuba apa yang sesuai untuk darwisy je..pasal danish dah tak selesa bunyi bising sebab takut..

Cikgunaman cakap lepas ni kompom nak pergi lagi bawak darwisy..katanya nak pergi berdua je dengan darwisy..amboiii..ok bebeh! mama dan danish boleh masuk IKEA>:)

0 comment... add one now