Kidzania | Redeem Pass Masuk Free

Tahun lepas kan ada menang pass free masuk kidzania bersama kamera digital dari Vitagen. Pass free masuk kidzania tu pulak expired 31/12..Kitorang pegi kidzania pon dah 29/12..heee..punya tak sempat nak pegi..kemain lama lagi tangguh..ingat nak burn je..try lah jugak pegi bukan kena bayar pon..

Kaunter beli tiket dah macam kat airport..ramai jugak parents bawak anak² datang Kidzania walaupon harga tiket boleh tahan mahal..



Kitorang masuk lane redeem pass free..pass tu kena tukar dengan tiket..kat kaunter ni kena daftar nama, no ic bagai..dah macam nak naik flight..

lepas tu benda alah tu di pasang sorang satu kat tangan ikut detail peribadi kita masa register tadi..benda ni nanti dia scan sebelum masuk Kidzania..

ni kat tingkat atas..betul² pintu masuk Kidzania..dia scan dulu benda alah tu kat tangan tengok betul tak maklumat semua baru boleh masuk..haihh dah macam pegawai imigresen kat airport..hahaha

masuk² je terus lori bomba ni lalu..budak² yang pakai uniform bomba semua ada kat belakang tu..otw nak padamkan api kat hotel yang terbakar..heee

Kaunter CIMB bank..tukar duit..heee..budak² kena buat sendiri..

Ini duitnya..dapat lah dalam RM50 kalo tak silap..kalo tak cukup nak berbelanja nanti kena lah keje cari duit..

kat dalam ni nampak real sangat town dia!!! memang nampak macam bandar untuk kanak²..macam² kedai ada dalam ni..nampak tak sebelah kanan tu balai polis..parent tengah tengok anak diorang dalam balai..hehe

kedai², ofis² kat dalam ni hanya untuk 4tahun ke atas..memang khas untuk budak yang betul² pandai berdikari, pandai berimaginasi..yelah nak kena paham konsep bekerja dan cari duit tu kan..hehe

dapat tengok pon best sangat dah! ni kan budak² yang dapat main..teruja weols tengok budak² yang tengah layan kerja diorang..langsung tak hirau dah mak ayah kat luar..

panggung wayang pon ada!

kat luar ramai yangt tengah queu.. teruja nak kerja kat dalam tu..hehe

gigih diorang bekerja..duk pasang kristal kat tali tangsi..hehe..berapa lah agaknya gaji yang dibayar..

parents tengok anak² dari luar..nak bawak anak² ke Kidzania memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi..sebab nak menunggu turn masuk satu hal, bila dah masuk nak tunggu anak² bekerja pulak..lama lah jugakkk tengok jenis kerja..

Kat dalam ni sangatlah bisingggg..dah rupa bandar yang sibuk..bising suara orang , bising kebakaran dan macam² lagi lah..tak sesuai nak bawak baby masuk Kidzania sebab tak boleh nak tido..danish langsung taknak duduk dalam stroller..Nak lelama dalam ni pon tak selesa..Darwisy sempat masuk showroom honda je..Walaupon ada tempat kerja yang dia cakap untuk 4tahun ke atas, tapi tengok pada supervisor jugak..ada je yang baik hati bagi jugak budak 3 tahun masuk..tapi tengok kesesuaian bidang kerja lah..



0 comment... add one now