Yeos ku Pilih Untuk Keluarga


Yeos pilihan ku dari kecil

YEOS, kenangan di sekolah dulu terimbau kembali. Air kotak minuman berjenama Yeos seringkali menjadi pilihan saya dan kawan-kawan semasa rehat di kantin sekolah mahupun selepas aktiviti sukan.

Kini bila sudah berkeluarga, Yeos tetap menjadi pilihan, apatah lagi produk-produknya sudah bertambah termasuklan makanan-makanan. Jadi Yeos bukan sekadar pengeluar minuman sahaja. Dengan ada produk-produk makanan, memasak lebih mudah dan pantas dan yang paling penting berkhasiat.

Di dalam peti ais, produk-produk Yeo's akan memenuhi bahagian minuman dan juga tempat makanan dalam tin.

Pastikan minuman kegemaran YEOS sentiasa ada stok


Sarapan dengan minuman Yeos


Pagi² dimulakan dengan mengambil sarapan di cafeteria. Yang paling penting, minuman Yeo's mesti ada sebagai pelengkap kepada permulaan hari yang cemerlang. Barulah boleh bekerja dengan efisien. ;)

Memasak lebih cepat dengan YEOS

Oleh kerana saya juga bekerja, saya hanya boleh mula memasak apabila pulang dari kerja, jadi masa masa memasak tu singkat kerana kami biasakan diri makan malam sebelum pukul 8. Jadi dengan adanya produk- produk Yeo's, ia banyak membantu saya di dapur untuk menyediakan masakan yang enak dan berkhasiat dengan pantas.


Yeo's merupakan yang pertama mengeluarkan Kari Ayam dalam tin di Malaysia ini. Dalam masa 2 minit, anda sudah dapat menikmati hidangan kari ayam yang sedap dan berkhasiat. Antara produk-produk daging dalam tin keluaran Yeo's adalah Kari Ayam, Rendang Ayam, Ayam Vindaloo, Ayam Kurma dan Kari Daging.

Makan malam simple tapi enak dan berkhasiat

Selain makanan dalam tin, Yeo's juga mengeluarkan produk mi segera yang diberi nama mee cintan. Mi segera cintan adalah mee segera yang pertama diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1969. Mee cintan membekalkan sumber protein yang besar dan mi ini dibuat daripada tepung yang berkualiti terbaik. Mi yang berkualiti tinggi dan kenyal ini didatangkan dalam Perisa Tantalising seperti Kari, Asli, Cendawan Ayam, Assam Laksa, Tom Yam, Soto Ayam, Vegetarian, Vegetarian Curry, Goreng Pedas dan Goreng Ala Indonesia


Sedaplah mee cintan ni mama!!

Yeo's mengeratkan hubungan keluarga

Kalau berpiknik di pantai-pantai mahupun taman-taman, minuman Yeo's menjadi satu keperluan. Senang di bawa, tak perlu susah payah bancuh air dari rumah dan bawa bekas besar-besar. Kotak minuman Yeo's yang sudah kosong bolehlah dihantar ke pusat kitar semula untuk menjaga alan semula jadi.

Sungguh indah bersantai bersama keluarga tersayang ditemani Yeo's,


Darwisy dan Danish menikmati minuman Yeos di taman

Yeos mengeratkan hubungan antara 2 beradik

Yeo's Penaja Utama Sepetang Bersama Blogger 2014.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Jom follow sosial media Yeo’s Malaysia yang menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.

Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
Twitter : https://twitter.com/YeosMalaysia
Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia
Google+ : https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
YouTube : http://www.youtube.com/yeosmsia