Katanya kami boleh rekues apa saja selagi tak langgar T&C hadiah.Jadinya kami rekues bilik seaview.Harap dapatla seperti yang diminta.Walaupon hadiahnya 4h 3M, kami minta tiket balik Langkawi-KL pada hari keenam berada di Langkawi.Jadi 2 malam lagi kena cari bilik hotel sendiri sebelum terbang balik..ngeee
Tak sabar rasanya nak pegi bila tengok gambar² ni.adehhh.Ni lah padahnya sape suh minta bulan 5.Kalo mintak bulan 3 haitu dah selamat pegi dan balik pon!
Sabar ye darwisy..Susah betul mama nak terangkan yang bulan 5 nanti baru kita pegi bercuti naik eroplane dan tido di hotel ada pool.Bukan dia paham pon bulan 5 tu bila kan.wakakaka
Kalo tengok gambar Clubmed Cherating kat bawah ni, rasa macam nak pilih sini je! Tapi kalo pegi sini nanti semata² aktiviti sihat jelah.Kalo langkawi tu macam² pakej lengkap..shopping paling best kan?kahkahkah
menarik jugak kan Club Med Cherating ni!
Pihak 100PLUS sudah settle kan termasuk hotel dan tiket flight semua dah booked.Tunggu nak pegi jelah..sabar lah wahai hati..Tinggal nak sign aggreement untuk program Cergaslah Malaysia sebelum pegi.
#kalo ada sesiapa tahu, berapa kedalaman untuk diving eh? tengah ushar2 waterproof camera..