Gold Coast Morib review~

Cerita percutian ke Gold Coast Morib deepavali haitu...Weols beli deal ni dari streatdeal dengan harga RM150..Ok sangat rasanya harga ni pasal ada yang update sebelum ni punya deal lagi mahal dalam RM180 tak silap..

Meh nak review sikit dia punya studio suite..

ada 2 katil single tapi kitorang gabungkan jadi satu bila tido..hehe..Oklah bilik dia besar, selesa, luas dan senang kalo anak² yang melasak tu..Boleh bentangkan toto kat bawah dan berguling lah dengan puas..bukan macam sesetengah bilik hotel tu nak solat pon menyempit tepi hujung katil..punya takde ruang langsung..hehe



abaikan bilik yang dah mula bersepah tu..haha

siap ada lobang lagi kot² nak ushar anak berendam dalam jakuzi kan..

balkoni pon luas sangat..cuma yang tak best weols tak dapat pool view..dapat tengok pokok² jelah..

rate hotel ni mahal tang jakuzi ni kot..ihiks..Kalo tak puas main air kat waterpark tu leh sambung kat dalam bilik pulak..main buih² sabun..

ada tv, ada channel astro ke tak eh lupa pulak..

tengah penuhkan air tu..saja nak ngetest..haha..darwisy boleh pulak dia takut nak berendam dalam ni bila tengok ada buih² penuh dalam ni..orang sediakan nak suruh dia main..

shower pon berpintu kaca..auwwww..

peti berkunci pon ada..sila abaikan tudung yang nak terjatuh tu..hahaha

mini fridge pon ada ye..leh lah nak sejukkan air kotak, air tin ke..tapi kena beli sendiri lah..hehe

weolssss..danish masam sebab badmood pasal dia ngantukksss

secara keseluruhannya gold coast morib ni sesuai sangat bawak anak² main air puas²..tak puas berendam kat luar leh berendam kat dalam pulak kan..Tapi dinasihatkan jangan datang time peak season macam weolss.kat waterpark tu penuh orang..nak mandi pon kena selit²..agak tak selesa lah..haihh..dah lah waterpark dia open untuk orang luar..kalo tak datang menginap pon tapi still boleh main kat situ..bayar untuk waterpark je..itu sebab orang ramai sangatttt


0 comment... add one now