Day 1 ~ Percutian di Gold Coast Sepang

Alhamdulillah selamat pergi dan balik..risau jugak nak bermalam dalam laut ni..yelah nak² sekarang musim hujan dan angin ribut di beberapa buah negeri..huhu eh betullah dalam laut, chalet kat Gold coast tu kan dalam laut..kehkehkeh..

Ok mari teruskan penceritaan yang pendek dengan gambar yang banyak..nak karang entri ni amik masa berjam²..punyalah malas nak update! ngeeee

Selepas mengambil masa lebih kurang 1 jam kot tak silap dengan menaiki bas yang disediakan dari pejabat Wipro Unza tibalah kitorang di Gold Coast Sepang.. Tak dinafikan binaannya sangatlah cantikkkkk seindah nama nya Golden Palm Tree Sea Villas... huhuhu

Sampai je terus dapat minum petang di Sepoi-Sepoi Cafe berhadapan dengan lobi


Kami lah  KLIQ S4safi

menu setiap orang adalah sama..mee goreng mamak ni berharga RM18..nasib makan minum semua Wipro Unza yang tanggung..muahahaha..giler mahal kan harga makanan..

teh ais RM10..meniaga air pon boleh kaya ni..huhuhu

auw auw! gambar pertama bersama Shila Amzah..sebab lepas ni ada lagi 2, 3 gambar dengan Shila.. hahaha geli mak tengok Pet Shila kat tangan dia tu..huhuhu

Lepas selesai minum petang terus masuk Bengkel Kecantikan Safi.. Kat bengkel ni dia ajar macam mana nak guna satu persatu produk Safi..

Produk ni semua kitorang boleh amik lepas bengkel..huhuhu produk baru buka tau!

amik produk je bukan angkut semua cermin dan kain lap muka ni..hahaha


Lepas habis bengkel terus boleh check in.. weeeee..ni part paling bestttt! ahak ahak..Sambung nanti pulak ok.. huhuhu

0 comment... add one now