JJCM ~ Red Card Cafe, Seksyen 3 Bangi

Kisah petang ahad lepas selepas habis syawal..dah lama dowh tak makan² kat luar..lepas raya sampai habis syawal asyik makan kat rumah orang je..tiap² weekend penuh undangan open house..1hari punya undangan sampai 3rumah..cuti 1malaysia haitu hari jumaat, kami punya undangan mula hari jumaat sampailah ahad..giler kentang punya makan..asal lepas maghrib je terus nak pengsan sebab terlebih makan..hahaha

Bila habis je syawal kita makan kat kedai pulak ye..no open house lagi..hahaha

edit sikit gambar ni kasi nampak comel..hahahaha..

ampun papa! mama tersalah fokus..takpe² masih nampak muka hero² kesayangan daku..

menu di dinding! tapi kalo nak order makanan boleh lihat buku menu..harga pon ada sekali..hihihi


spaghetti meatball untuk mama..memang sedap..salah satu menu 'chef recommendation'

chicken chop pon pilihan mama.. hahaha banyak tol nak makan..alah order je tapi makannya bersama²..

nasi lemak tapi nasinya tersembunyi bawah telur.. 'chef recommendation' jugak

dan air hot mocha..

Semua yang diorder sedap..Harga setiap menu tak ingat pulak..tapi untuk semua menu dalam RM33 gitu..Takde lah mahal sangat standard je macam restoran² lain..Kalo yang teringin nak cuba boleh tengok Facebook Red Card Cafe..kedai dia ni dekat kawasan perumahan Seksyen 3 Bangi..

0 comment... add one now