Gambar Di hari Himpunan Sejuta belia..

Jumaat hingga ahad kan ada Himpunan Sejuta Belia kat Putrajaya.Fuhh..dia punya bising tu jangan cakaplah..dari pagi sampai kemalam.Nak tido pon tak senang.Dengan radionya, dengan keta lalu lalang tanpa henti..

Rumah pulak dekat sangat dengan tapak event ni kan.Sedikit sebanyak memang banyak pon turut rasa la bahang dan kebisingan tu.huhu. Mana dengan jalan tutup dan jam lagi.Bila event besar sangat macam ni lah.hikhik

Sabtu pagi tu plan nak jalan² memang betul² jalan kaki ni.Kul 8.30 pagi kuar rumah berjalan sampai ke tapak JOmheboh kemudian pusing balik.Ikutkan nun jauh lagi pameran dan jualan sempena Himpunan Sejuta Belia ni.Tapi dah tak larat sangat rasa macam dah cukup jauh lah berjalan.Bila tak pusing habis maka sedikit jelah pameran dan gerai² yang dijumpai.huhu

Anak takut lak nak pose sebelah Askar Komando

Askar terus kasi pose bila tengok ramai duk snap²

berangan ke bang oiii

Cuprix ni antara salah satu sebab kebisingan bunyi moto yang melampau..huhu




Persembahan Cak Lempong 36jam tanpa henti untuk "Malaysia Book Of Record"

budak² pertandingan 'cheerleading' tengah praktis sebelum mula



Bila dah penat kitorang balik rumah makan lepas zohor tido sampai petang.Giler Penat ah..Sakit kaki gilerr..Tetiba jaga pukul 5petang tengok lagi meriah la pulak.Apa lagi siap² semua kuar lah lagi.hahaha tak puas² tu.Tapi pergi yang dekat² jelah.

Time sampai petang tu kebetulan ketibaan PM.. Nun jauh di sana tu PM kita Bang Najib..hihihi

Ingat nak lah bergambar dengan Ariel tapi ramai benar Pink Lady duk berkerumun dia..huhu

'Pink Village' Diorang yang camping kat sini semua pakai baju pink..huhuhu

* Sekian Laporan Himpunan Sejuta Belia..Tak de banyak gambar sangat pon..huhuhu Ahad dah tak pergi.Sabtu ngan ahad malam ada konsert bersama artis.Tapi langsung tak pergi jugak.Duduk rumah lagi bagus kot dari bersesak²

0 comment... add one now