Sekarang ni memang susah sangat kita nak pastikan produk tu betul² halal dan bebas dari enzim babi kan.Kadangnya kita tengok pada bungkusan tu ada tanda Sijil Halal Jakim tapi ada jugak pihak tak bertanggungjawap ni yang cuba tipu logo tu..Bukannya tak de kan??Dan ada jugak yang cuba dapatkan Sijil Halal tapi tak lepas.Kita sebagai pengguna yang dah tahu ni tak payah la beli produk yang takde logo halal kan.
Terbaru semalam Jakim mengesahkan sebuat syarikat yang mengeluarkan bahan buat kek yang mengandungi ramuan Babi seperti artikel harian Metro di bawah:
PUTRAJAYA: Sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri gagal mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan yang digunakan syarikat berkenaan.
Syarikat antarabangsa yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu adalah syarikat pembekal produk makanan, yang antara lain membekalkan ramuan membuat kek, roti dan pastri kepada pelanggannya di negara ini. Menurut Portal Rasmi Halal Malaysia, DNA babi itu ditemui di dalam dua bahan ramuan iaitu Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder. “Permohonan syarikat berkenaan tidak berjaya selepas diputuskan oleh Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 12 Mei lalu. “Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang menggunakan produk keluaran syarikat berkenaan perlu menukar produk lain yang memiliki sijil halal diiktiraf,” kata portal rasmi itu.
Menurut portal itu lagi, semua pemegang dan pemohon baru SPHM juga perlu mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
Selain itu, mereka juga perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Ketua Pengarah Jakim untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes berkenaan gagal.
Untuk orang Islam kalo nak lagi mudah untuk elak dari terkena, janganlah beli kek² yang dah siap untuk makan tu di kedai² bukan Islam ok