Ada yang kita tahu dan tak tahu♥

Ilmu dipagi jumaat..

Istiqamah Dalam Pemakanan
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas seperti sup yang baru di angkat dari dapur kerana tidak baik untuk lidah.Memakan makanan panas pada waktu malam akan menyebabkan keluarnya air liur basi ketika tidur.Air liur basi berbau busuk dan hukumnya najis.Sebab itu dilarang tidur di dalam masjid~ ku memang suka makan makanan panas² tapi malam nasib baik jarang makan.kalo makan pon roti je.Baru tahu air liur tu najis.. haihhh

  • Ada penyakit berpunca daripada hawa dingin.Elakkan memakan makanan yang sejuk sifatnya seperti sayur labu, bayam, timun dan buah-buahan seperti betik dan jenis tembikai atau makanan yang sejuk kerana disimpan didalam peti ais. ~ yang ni ramai yang tahu..sebab tu bila dalam pantang tak boleh makan.
  • Tanggalkan kasut ketika makan supaya kaki mendapat kerehatan terutama bagi perjalanan darah ~ lepas ni dah tahu kat kedai makan pon kena buka kasut la..kekeke
  • Selepas makan bersihkan gigi dengan kayu penculik, benang, kayu sugi atau berus gigi dan basuh mulut dengan air selepas makan ~ yang ni selalu orang buat kan..
  • Makanan daripada seorang yang pemurah menjadi ubat.Manakala makanan daripada seorang penjahat menjadi penyakit.
  • Makan berlebihan membahayakan kesihatan ~ ni kes obes la ni kan..
  • Terlalu banyak makan dan minum akan menyebabkan hati menjadi keras dan kurang peka ~ makan apabila lapar berhenti apabila kenyang..
  • Elakkan meminum minuman bergas
  • Jangan makan makanan yang hampir atau telah basi ~ kalo sayangkan makanan memang kadang² kita makan jugak yang nak basi dah tu.. huhuhu
  • Jauhi makanan yang tinggi kendungan bahan perisanya. ~ contoh sendiri : Keropok Super Ring kegilaan ramai..masa sekolah dulu kerap nau makan.
  • Elakkan memakan kepala ikan.Pepatah Cina ada menyatakan: "Ikan mula busuk dari kepala." Pepatah ini bermakna: "Contoh keburukan dan kejahatan bermula dari kepemimpinan atas." tetapi pepatah ini terbentuk hasil daripada pemerhatian bahawa bahagian kepala ikan ialah bahagian yang mudah busuk ~ Sapa suka makan kepala ikan?? kekeke
  • keju menjadikan penghadaman lancar.
  • Inai ialah pewarna yang dibenarkan dalam islam.Ia boleh menghindarkan sakit kepala dan mencerahkan penglihatan.Ramai ulama dan orang soleh memakai inai.. ~ selama ni tahu pakai je tak tahu pon khasiat inai.

Sumber : Rahsia Minda Hebat oleh Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood
Ada yang kita tahu dan tak tahu♥

0 comment... add one now