Resipi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:

Ayam dipotong (ikut kesukaan sendiri janganla kecik² mana sedap, paling sengket pon potong 16)
Serbuk cili Babas
Serbuk Rempah Kari Babas
*Bawang Putih
*Bawang Merah
*Bawang Besar (Ketiga² bawang dikisar halus-gunakan sedikit air sahaja)
Tepung Gandum
Garam Halus

* Kuantiti setiap bawang ikutla banyak mana ayam..kalo sikit kang tak rasa apa pulak..

Caranya:
Ayam yang telah siap dibersihkan ditos dahulu kemudian perapkan dengan memasukkan semua bahan bawang yang telah dikisar, gaul sehingga rata semua.Masukkan garam, serbuk cili, serbuk rempah dan gaulkan sehingga sebati.Tabur tepung gandum sedikit-sedikit dan gaulkan sehingga rata.Perapkan 1/2 jam..Lagi lama perap lagi sedap! Terasa sampai ke tulang.. Kemudian bolehlah goreng..

Mudah kan??Cuma ambik masa sikit untuk sedia itu ini..Kalo goreng kunyit senang je..hihi Lagi satu lepas dah 2x buat ayam goreng berempah ni memang perasan bila kita perapkan ngan bahan² ni goreng selama mana pon ayam tak jadi keras tau!Lembut je bila makan.Baru terasa isi ayam. Kalo goreng kunyit kita goreng lama sikit dah tentu isi² lapisan luar tu akan jadi keras..


Selamat Mencuba!!!

0 comment... add one now