Happy 1st Birthday DARWISY!!!



Selamat Hari Lahir untuk anakanda tersayang!!! Moga menjadi anak yang taat pada suruhan Allah dan menjadi anak yang soleh buat mama dan papa!!

Ucapan khas untuk anakanda Wan Aniq Darwisy

Sebagai seorang IBU, Mama tak sabar melihat kamu boleh berjalan, mama teringin melihat kamu boleh berlari seperti anak² lain, mama ingin mendengar kamu menyebut perkataan 'MAMA', mama ingin melihat kamu membesar bagai juara, dan mama mahu kamu berjaya apabila kamu besar nanti.

Setiap keluhan sewaktu mengandung dan kesakitan yang mama alami masa melahirkan kamu adalah saat paling indah buat mama kerana saat itulah kamu hadir dalam hidup mama dan papa.Kamu adalah anugerah terindah buat kami.Kamu adalah permata hati mama dan papa.

MAMA PAPA LOVE U SO MUCH!!!!



Nota : Majlis hari lahir darwisy ahad ni terpaksa mama tunda dahulu ke minggu hadapan atas kesihatan darwisy yang belum baik sepenuhnya.



0 comment... add one now