Salam.. Bertuah sungguh di bulan syawal ni kan..weekend dikira hari cuti bagi para isteri dari memasak..memenuhi undangan open house sudah cukup untuk mengisi perut buat apa nak masak lagi kan..
Hari Ahad menerima 4 undangan.Dari pagi sampai ke malam.W/p ada 4 undangan tapi yang terakhir dan terdekat terpaksa ditolak akibat tak larat, badan pon dah letih lagi pulak dah malam.
Tengah hari semalam, bertolak ke ke rumah Ateh di Klang (kakak ayah) anaknya kenduri kahwin.Mak, ayah semua dah ada kat sana.Sampai² terus tinggalkan darwisy kat mak berlari lah kami dua makan.Perut dah berkeroncong masa dalam perjalanan.mana taknya awal pagi lepas subuh hanya sarapan dengan karipap goreng..hehe
muka lapar dah tak boleh nak senyum!
senang hidup dibandar ni kenduri pakai khidmat catering je
sebelah kanan ai tu la mak! susah nau nak ada gambar mak.
selamat diijabkabul dan bersanding! merah maroon mak ngah!!
shot ni dah macam nak cium mulut pulak padahal nak kiss pipi
Lepas tu lokasi ke2 ke rumah Cikgu Kimia sekolah naman yang kebetulan dah dekat dengan rumah Ateh.
Cikgu Kimia bukan Ustaz tau
Kebetulan masa sampai tengok anak murid naman ada kat situ.Bersalaman bercium tangan denganku terasa macam anak² pulak..wakakaka agaknya hormat isteri cikgu.
alahai malu² pulak budak² ni
Darwisy yang macam berminat pulak dengan teddy bear
Lokasi ke3, singgah Jusco Bukit Tinggi, untuk rehatkan perut sambil jalan² dan singgah solat.Nak ke rumah lagi satu pon tak selesa sebab perut dah kenyang sangat akibat 2 pinggan nasi
naik turun naik turun eskalator dan lif tak habis jugak pusing 1 Jusco ni
Tak sangka Darwisy nak duduk dalam stroller!! bahagia mak nak pilih dan beli barang! Dulu masa kecik nangis kalo letak dalam stroller..
Lepas pusing² Jusco terus ke rumah Ustazah Sekolah naman, memang undangan sempena hari lahir beliau dan open house.Makan satay dan mee kari pulak kat sini.. haishhh..
Tanah 1 ekar milik bapa beliau dipenuhi 5 biji rumah anak². Kagum sungguh!! Susah nak jumpa 5 beradik duduk sejiran.. Rumah bapa beliau pon kat situ jugak.Open house sewa kanopi senang sekali buat je.
Lepas isi perut, balik rumah sampai pon dah malam..Undangan untuk open house jiran sekomuniti terpaksa di tolak..Yang jauh sampai yang dekat tak pergi..alahai..Awal lagi dah bertolak ke Klang.
Nota Hati : Weekend ni open house di Pelangi Semenyih pulak.. Selagi tak habis bulan Syawal..