Tadaaaaa ni la kasutnya!
Kasut Diamond yang sudah tidak muat kaki
Ceritanya begini, kasut ni dibeli sebelom ai kawen! Kasut yang paling ai sayang! Sebab nampak cam suweeettt giler bila kat kaki ai pon beli. Ingat lagi pestime dating ngan naman masa tu ngah jalan² kat Alamanda sekali ada sorang pakcik jalan pastu tersepak kaki ai terus tercabut sebutir diamond! Terus naik angin ai maki hamun(bebel mulut je dengan naman) baru pestime dating dah tunjuk fiil buruk.
Pastu sambil bebel² sambil cari atas lantai depan Kedai baju Nicole tu.Cari tak jumpa² ai rasa nak nangis! Bencila kalo sebutir diamond hilang terus rasa macam buruk giler kasut tu! Ni yang malas beli kasut atau jam tangan ber'diamond' ni.Balik rumah ai amik Diamond kat kerongsang yang tercabut tu tempek kat kasut! pandai tak
Kasut Primavera kesayangan!
Kasut kedua mahal yang ai ada selepas kasut Scholl.Kalo kasut ni nak beli mahal² macam tak sanggup! yela beli mahal² pastu letak kat kaki nak² pulak terputus ke koyak ke kan mau nangis. Kasut ni sekarang ai dah tak pakai buat penghias rak kasut je. Dah bapa kali ai pernah tergelincir gara² kasut high heel.Nak gi keje kena dukung darwisy pastu nak panjat tangga pulak hantar ke taska jadi semua sebab tu buatkan ai malas nak pakai kasut² bertumit.
Kalo dulu feel nak pakai kasut tebal², bertumit tinggi time jalan² window suping, sekarang ada anak kalo boleh semua nak tukar!haha Kasut tebal ni sekarang jadi penghias rak kasut je. Langsung tak pandang dah!
Ni kasut terbaru ai untuk jalan²
Masa muda² zaman berpoya² dulu tak de pulak teringin nak pakai kasut rugget! Dah kawen ada anak feel nak rugget pulak tapi hanya dikaki saja ok! Kalo tengok orang pakai kasut tali banyak² zip sampai atas dah rasa macam 'apa la best sgt pakai kasut tu' tapi tak sangka pulak sekarang ni teringin nak pakai! Entah apa² la kan selalu beralih angin orang tua² cakap!
Dulu ai pernah join contest koleksi kasut Ni bukti koleksi kasut ai! hehehe
Nota Ringkas : Kalo korang mesti jalan² pakai high heel boleh la feel ala princess
Bestla anak dah besar tak payah nak berdukung senang nak melaram apa saja.. huhu
muahaha!