Salam..Semalam agak bz datang kerja settle sikit apa yg tertangguh, tgh hari amik half day sebab nak settlekan urusan kereta.Sangat sadis ok bila jadi cam gini.tapi ini lah dikatakan dugaan dan kami terima ia sebagai qada dan qadar setelah doa, usaha utk berhemah di jalan raya dan tawakal.
Kejadian ni berlaku masa on the way nak balik kampung, kat Jalan Merapoh,Pahang. Cuti2 sekolah ni kan ramai yang nak balik kampung.Masa tengah jalan tu tetiba kereta bergerak perlahan,sempat naman pandang melalui cermin pandang belakang, kereta dari arah belakang macam tak perasaan kereta kami kat depan dah bergerak perlahan pastu naman nampak budak tu tak pandang depan sambil bawak kereta.Sekali dengar la naman macam ada sebut sesuatu, belum sempat me tengok sekali terasa kereta kena rempuh dari belakang! Terus berhenti tepi jalan.
Cawan McD yang berisi air tu tercampak habis masa kena rempuh tu, Darwisy pulak kat atas car seat dia. Memang tergamam macam mimpi! Tengok darwisy macam tergejut! Keluar tengok bonet kereta dah kemek, dengan bonet tak boleh tutup! Dah la masih dalam perjalanan lagi.Tiga hari di kampung bonet kereta tak boleh tutup rapat.Bukan tak nak repair, tapi sebab nak claim insurans dan repair di sini. Memang kuat gila kena rempuh!terus rasa down dan tak mampu nak bangun!
Me: Sedihnya napa jadi cam ni Bie?Napa boleh jadi time nak balik kpg..
Naman: Jangan merungut, mungkin ni qada dan qadar.. Kita dah berdoa pon sebelom bertolak tadi.Bersyukurla kita selamat.
Me: Terus amik darwisy peluk kuat2! rasa macam sedih gila tengok anak kecik yg tak paham apa2 lagi.
Ok la tak mo sedih2 dah jom tengok kereta yang langgar kereta kami
*
*
*
Ni pulak keadaan kereta selepas kena rempuh
*
*
*
Opps!! itu nombor beli tu! tahun kelahiran kami.. hahaha poyos gila! Mula tu angan2 nak 212. Gila harga ribu riban sebab no cantik pegawai JPJ cakap ramai orang akan did! So, harga pon dah tentu mahal!
Disebabkan kereta dah hantar masuk bengkel dan mungkin amik masa 2minggu paling cepat utk siap repair, terpaksa pinjam kereta ke2 akak.Kalo tak susah la nak hantar darwisy gi taska. Dah dekat 2tahun tak bawak manual, semalam bawak asyik nak mampus ja! Rasa macam tersiksa jiwa dan raga!Arini ku gagahkan jua drive pi opis. seb opis dekat ngan rumah.hehehehe
See!! tersiksa gila bawak kereta dengan seat utk kereta racing ni! sabar jela.. bersyukur la fiza oi seb ada gak orang nak pinjamkan ko kereta!
Nota: Budak yang langgar tu umor dia 20 tahun!! pengalaman memandu baru setahun!

kukuh jg ek persona... kena langgar ..
tp tak teruk sgt pun ... calar ngan kemek ckit je ..
yg iswara tuh sampai tercabut bumper ...